‘Hadiah istimewah perkahwinan saya’ – Gowsealya

Kuala Lumpur, Julai-
Kesudian rakan sekerja berbangsa Melayu menari lengkap berbusana tradisional India, menjadi kenangan termanis bagi pengantin baru, S. Gowsealya hingga menjadi viral di media sosial.

Menyifatkan ia detik yang tidak mungkin dapat dilupakan, Gowsealya, 28, yang bekerja sebagai ejen cukai berkata, pembabitan tiga rakannya, Syahirah Adilah Sabaruddin, Wan Farah Isliana Wan Ismail dan Nur Syafiqah Zainal pada awalnya tidak dirancang.

“Idea untuk menari bersama rakan yang berbangsa Melayu sebenarnya berlaku secara spontan ketika kami berbual di tempat kerja.

“Saya juga terharu kerana mereka tidak menolak idea saya malah menunjukkan minat untuk menari di hari perkahwinan saya, walaupun pada mulanya malu-malu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here