Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam Siap Dilaksanakan

Kuala Lumpur – Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) ingin memaklumkan bahawa kerja-kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam telah siap dilaksanakan pada jam 5:30 pagi, 27 Mei 2024 (Isnin).

Bekalan air akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat apabila kerja pembaikan telah siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 6:00 pagi, 28 Mei 2024 (Selasa).

Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan-kawasan yang terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air. Senarai kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual adalah seperti di Lampiran A.

Air Selangor terus giat menggerakkan lori-lori tangki air ke kawasan-kawasan yang terlibat bagi memberikan bantuan bekalan air kepada pengguna yang terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian di sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa. Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan X atau hubungi Air Selangor di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

LAMPIRAN A

Senarai Kawasan Terjejas

Gangguan Bekalan Air Tidak Berjadual Berikutan Pelaksanaan Kerja-Kerja Kecemasan Pembaikan Paip Pecah di Jalan Budiman, Seksyen 22, Shah Alam

 27 Mei 2024

 Wilayah Petaling

 

KAWASANSUB-KAWASAN
TAMAN PINGGIRAN USJPINGGIRAN USJ 3
TAMAN PERINDUSTRIAN UEPJALAN TP 7
TAMAN PINGGIRAN USJPINGGIRAN USJ 1 & 2
USJ 33A
USJ 33D
USJ 33B
USJ 33C
USJ HEIGHT 

 

Wilayah Klang

KAWASANSUB-KAWASAN
Bandar Putera 

 

Wilayah Shah Alam

 

KAWASANSUB-KAWASAN
BANDAR PUTRA HEIGHT 
KAMPUNG BUKIT LANCHONG 
PINGGIRAN SUBANG USJ 3 
SEKSYEN 22KAMPUNG KEBUN BUNGA
SEKSYEN 22 
SEKSYEN 25SEKSYEN 25, AXIS
SEKSYEN 25SEKSYEN 25, LEMBAYUNG

 

SEKSYEN 26 
SEKSYEN 27 
SEKSYEN 28 
SEKSYEN 32 
SEKSYEN 32BUKIT NAGA
SEKSYEN 32JALAN BUKIT RIMAU
SEKSYEN 32TAMAN DESA KEMUNING
SEKSYEN 32BUKIT RIMAU
SEKSYEN 33 
SEKSYEN 34 
TAMAN SENTOSAJALAN HULUBALANG
TAMAN SUBANG MAS 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here