Wanita parah terperosok di bawah lori kontena

Putrajaya, Julai-
Seorang wanita parah selepas terperosok di bawah lori kontena dan diseret sejauh kira-kira 80 meter selepas motosikal ditunggangi terbabit dalam kemalangan di bulatan berdekatan Masjid Sultan Abdul Samad, Lapangan Terbangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata kemalangan itu membabitkan dua wanita yang menunggang motosikal.

Beliau berkata, JBPM menerima panggilan kecemasan jam 3.22 petang sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

“Sebuah jentera dan pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke tempat kejadian dan sejurus tiba, anggota bomba mendapati, kemalangan membabitkan sebuah lori kontena dan motosikal ditunggang dua wanita.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here