Fadhlina alukan cikgu pencen ajar bahasa Inggeris

Kuala Lumpur, Julai-
Kementerian Pendidikan (KPM) mengalu-alukan pembabitan pesara guru yang berhasrat kembali berkhidmat untuk menyumbang kepakaran mengajar bahasa Inggeris.

Menteri, Fadhlina Sidek, berkata golongan pesara guru sememangnya sudah banyak membantu usaha KPM meningkatkan tahap pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam bahasa itu seperti program HIP (Highly Immersive Programme).“Kalau sukarelawan Singapura nak datang kita alu-alukan.”Kalau guru-guru bersara nak khidmat dengan kita pun kita alu-alukan. Tidak ada masalah,” katanya pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Jimmy Puah Wee Tse (PH-Tebrau) mengenai kemungkinan pembabitan pesara guru menyediakan persekitaran bagi membantu meningkatkan tahap penguasaan bahasa Inggeris terutama di kawasan pedalaman.

Jimmy secara peribadi tidak menganggap orang Singapura fasih berbahasa Inggeris, selain yakin lebih ramai rakyat Malaysia seperti pesara guru lagi layak.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here