Banting, Julai-
Mirthana Balu, pelajar SRJK (T) Teluk Datuk, Banting telah mencipta rekod dengan menggondol tiga hadiah dalam pertandingan matematik Abakus yang didominasi kaum Cina.
Mirthana telah menyertai Pertandingan Abakus dan Matematik Aritmetik Antarabangsa yang diadakan di Bukit Genting. Dalam pertandingan ini beliau meraih kemenangan dalam ketiga-tiga kategori iaitu kedudukan ke-3 dalam kategori rokie, kedudukan ke-4 dalam kategori kebangsaan dan kedudukan ke-5 dalam kategori elite.
Selain itu, kejayaan budak sekolah Tamil dalam pertandingan matematik Abakus dan Aritmetik, yang kebiasannya didominasi khas oleh kaum Cina, adalah satu kebanggaan bagi sekolah Tamil.
Mirthana telah dipilih sebagai salah seorang daripada 10 pelajar terbaik dalam Pertandingan Bertutur Bahasa Inggeris Saraswati yang diadakan di peringkat kebangsaan dan memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis yang diadakan pada pertandingan tersebut serta memenangi hadiah wang tunai 2,500 ringgit serta membanggakan sekolah.
Ia erupakan suatu kebanggaan apabila beliau memenangi tempat pertama dalam pertandingan berbahasa Inggeris peringkat daerah yang diadakan baru-baru ini dan bakal ke pertandingan peringkat negeri.





















