Kuala Lumpur, Julai-
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan cuaca baik sepanjang hari di ibu negara sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 esok.
METMalaysia menerusi laman sesawangnya memaklumkan, tiada hujan diramalkan pada sebelah pagi, petang dan malam.
Katanya, suhu minimum pada 24 darjah Celsius manakala suhu maksimum mencecah 34 darjah Celsius.
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim melafaz dan menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada 31 Januari.




















