Tendang budak autisme, guru ditahan

Kuala Lumpur, Julai-
Seorang guru pusat jagaan ditahan kerana disyaki menendang dan memukul kanak-kanak autisme berusia enam tahun.

Ketua Polis Petaling Jaya, Shahrulnizam Ja’afar@Ismail, berkata bapa mangsa membuat laporan semalam dan siasatan awal mendapati kanak-kanak lelaki itu ditendang, dipukul serta ditarik secara kasar sehingga terjatuh dari kerusi.“Terdapat juga kesan gigitan di tangan kanak-kanak berkenaan. Susulan laporan diterima, polis melakukan tangkapan terhadap lelaki tempatan berusia 32 tahun di kediamannya di Ampang.

“Lelaki terbabit adalah guru di sebuah pusat jagaan kanak-kanak berkenaan. Siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian,”katanya menurut Harian Metro.Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 kerana disyaki melakukan pengabaian terhadap kanak-kanak.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu tampil di balai polis untuk membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here