Anwar ucap terima kasih kepada warga Hospital Serdang, Putrajaya dan Kuala Lumpur

Kuala Lumpur, Ogos-
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Hospital Sultan Idris Shah (HSIS), Serdang; Hospital Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur yang merawat beliau.

“Terima kasih kepada seluruh perawat, pakar dan staf perubatan Hospital Serdang, Putrajaya dan Hospital Kuala Lumpur (HKL). Alhamdulillah sihat,” katanya menerusi satu hantaran di Facebooknya, hari ini.

Semalam, Anwar menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan yang dikendalikan pasukan pakar perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di HSIS.

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri Selangor semalam, tahap kesihatan Perdana Menteri berada dalam keadaan baik dan pada tahap optimum.Beliau kekal bersemangat dan bertekad untuk terus memikul tanggungjawab bagi mengangkat darjat dan martabat negara ke peringkat tertinggi.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia turut mengambil peluang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Perdana Menteri dalam ruangan komen hantaran yang dimuat naik hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here