Tidak ada kenaikan tarif elektrik untuk bulan Julai – Disember – Menteri

Tiada kenaikan tarif elektrik bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Shamsul Anuar Nasarah.

Bercakap pada sidang media khas, hari ini, di KualaLumpur, katanya, pemilik akaun Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dianggarkan seramai 9.44 juta pengguna akan terus menikmati rebat elektrik sebanyak 2 sen bagi setiap kilowatt jam (kWJ) sehingga hujung tahun ini.I

ni susulan persetujuan kerajaan untuk membiayai rebat tambahan sebanyak 0.87 sen/kWj yang membabitkan peruntukan sebanyak RM493 juta melalui dana Kumpulan Wang Industri Eletrik (KWIE).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here