560 tayar terpakai berbentuk Jalur Gemilang masuk Malaysia Book Of Records

Iskandar Puteri, Ogos-
Sebanyak 560 tayar motosikal terpakai digunakan kanak-kanak Tadika Mega Genius di sini, untuk mencipta rekod menghasilkan Jalur Gemilang terbesar.

Pengetua Tadika Mega Genius, R. Mohanambal berkata, tayar terpakai itu disusun dengan saiz 21.93 meter panjang, dan 7.61 meter lebar, berjaya diletakkan didalam Malaysia Book Of Records (MBR) sebagai susunan tayar terbesar berbentuk Jalur Gemilang.

Katanya, usaha itu dimulakan sejak bulan lalu membabitkan kerjasama antara guru dan ibu bapa, untuk mencari tayar motosikal terpakai dari seluruh Johor.

“Kita gembira hasil kerjasama guru dan ibu bapa sehingga terbinanya Jalur Gemilang terbesar.”Semua tayar diperoleh secara percuma dari kedai motosikal dan diwarnakan mengikut warna bendera kebangsaan iaitu merah, putih dan biru,” katanya pada Program Jalur Gemilang daripada tayar terpakai di Dewan raya Gelang Patah di sini, kelmarin.

Mohanambal berkata, program itu turut membabitkan kanak-kanak tadika dengan menyusun tayar yang sudah diwarnakan menjadi Jalur Gemilang.”Matlamat menghasilkan Jalur Gemilang ini bagi memupuk semangat patriotik dikalangan kanak-kanak dan cintakan tanah air,” katanya.

Pegawai MBR, Lee Poi Leng menyerahkan penganugerahan sijil itu kepada Tadika Mega Genius kerana berjaya menyusun tayar motosikal terpakai terbesar yang tidak pernah dibuat oleh mana-mana pihak.

Pada tahun lalu, tadika yang sama menerima sijil MBR apabila menyusun 2,138 bekas telur bersaiz 23.16 x 8.5 meter menjadi Jalur Gemilang, dan menyusun sebanyak 2,300 tempurung kelapa pada 2022.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here