Imigresen Johor tumpas sindiket pemalsuan PLKS, RTK 2.0

Iskandar Puteri, Okt 9.
Jabatan Imigresen negeri ini menumpaskan satu sindiket pemalsuan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan khidmat pendaftaran Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK) 2.0 kepada warga asing.

Pengarah Imigresen Johor, Baharuddin Tahir berkata kejayaan itu hasil serbuan ke atas sebuah premis di Gelang Patah, dekat sini, pada petang Khamis lalu, susulan maklumat awam serta risikan Unit Tindakan dan Operasi jabatan.

Katanya, dalam serbuan kira-kira jam 4.50 petang itu, enam lelaki warga asing ditahan merangkumi lima warga Bangladesh dan seorang warga Nepal.

“Hasil pemeriksaan, kita berjaya merampas empat pasport India, satu unit komputer meja, satu unit mesin pencetak, enam telefon bimbit, satu set salinan dokumen perjalanan dan permit disyaki palsu serta wang tunai berjumlah RM320.

“Dalam Ops Serkap ini, semua lima yang ditahan dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55D Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) dan Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana bersubahat dengan sindiket ini.

“Seorang warga Bangladesh berstatus Penduduk Tetap yang turut ditahan, disiasat di bawah Seksyen 56(1A)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 56 (1)(d) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155 ) kerana melindungi warga asing,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here