Lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng

 

Kuala Lumpur, Ogos-

Seorang lelaki maut ditetak sekumpulan lelaki bertopeng bersenjatakan parang di depan sebuah kedai gunting rambut di Taman Rim Baru, Jasin, malam Ahad.

Dalam kejadian 8.39 malam itu, mangsa berusia 24 tahun yang cedera sempat menghubungi adik lelakinya berusia 22 tahun untuk membawanya ke Hospital Jasin, kata Ketua Polis Jasin Ahmad Jamil Radzi.

Adiknya turut dikejar kumpulan penjenayah berkenaan namun berjaya menyelamatkan diri sebelum melaporkan kejadian di IPD Jasin, tambahnya.

“Selepas adik mangsa menghantarnya ke hospital, kereta yang dipandunya dihalang sebuah lagi kereta dinaiki sekumpulan lelaki yang turut membawa sebilah parang yang bertindak memecahkan cermin keretanya.

“Ketika lelaki berkenaan cuba melarikan diri, kereta yang dipandunya terlanggar sebuah ambulans,”katanya, lapor Bernama.

Mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira 10.15 malam ketika mendapatkan rawatan.

Susulan itu, tiga lelaki masing-masing berusia 21, 22 dan 31 tahun ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here