Bomba henti SAR secara selaman kerana terlalu risiko

Putrajaya, Ogos-
Jabatan Bomba merumuskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India dengan menggunakan kaedah selaman adalah terlalu berisiko.

Ketua Pengarah Bomba Nor Hisham Mohammad berkata perkara itu dirumuskan selepas selaman oleh dua penyelam skuba 4 pagi tadi tidak berhasil setelah berusaha hampir setengah jam.

Beliau berkata antara faktor risiko yang dikenal pasti ialah aliran air bawah tanah yang deras, ruang yang sempit untuk pasukan penyelamat dan sisa-sisa sampah serta ‘backlog’ yang keras di kawasan carian.

“Selepas kita berbincang, secara taktikalnya dan berdasarkan maklum balas daripada dua orang yang masuk dalam (pagi) tadi, saya dapat putuskan ia terlampau berisiko untuk kita cuba meneruskan usaha secara penyelaman dan juga secara fizikal untuk mengesan mangsa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here