Kuala Lumpur, Ogos-
Polis menembak mati seorang penjenayah dalam kejadian berbalas tembakan di Jalan Bukit Beruntung, Rawang dekat sini, malam tadi.
Ketua Polis Selangor Hussein Omar Khan berkata dalam kejadian pada 9.33 malam itu, lelaki tempatan berusia 36 tahun terbabit ditembak mati selepas enggan memberhentikan kenderaannya sebelum melepaskan tembakan kepada polis.
“Suspek mempunyai 16 rekod jenayah dan dadah,”katanya dalam kenyataan hari ini.
“Sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berbalas tembakan dengan suspek.
“Dalam kejadian berkenaan, suspek yang turut mempunyai rekod jenayah berkaitan dadah itu dipercayai enggan memberhentikan kenderaan dan melepaskan tembakan ke arah polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.





















