Kereta warga emas terjunam ke longkang

Johor Bahru, Sep-
Kereta dipandu warga emas terjunam ke dalam longkang besar di persimpangan lampu isyarat Jalan Persisiran Perling 1 dan Jalan Simbang Taman Perling di sini, selepas terbabit kemalangan petang semalam.

Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, pemandu berusia 68 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Katanya, pihak polis menerima laporan berhubung kemalangan membabitkan tiga kenderaan pada jam 2.53 petang membabitkan Toyota Vios, teksi dan Perodua Myvi.

“Siasatan awal pihak polis mendapati teksi dipandu lelaki tempatan yang berada di lorong tengah secara tiba-tiba membelok ke kanan jalan.

“Sekali gus mengakibatkan kereta yang dipandu warga emas yang berada dilorong kanan cuba mengelak yang kemudiannya melanggar sebuah Myvi sebelum terjunam ke dalam longkang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here