Tiga beranak hilang selepas keluar bercuti

 

Ipoh, Sep- Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang wanita warga Indonesia dan dua anaknya yang dilaporkan hilang selepas keluar bercuti, dua minggu lalu.

Wanita itu dikenali sebagai Ernawati Rajagukguk berusia 36 tahun bersama anak perempuannya, Farisha Jan Mohamed Faiz Khan berusia sembilan tahun dan anak lelakinya, Firaz Khan berusia enam tahun.

Kali terakhir mereka dilihat pada 13 September lalu ketika mereka dikatakan keluar bercuti ke Melaka dan sepatutnya pulang pada 16 September.

Laporan dibuat bekas suami wanita itu di Balai Polis Tanjung Rambutan, Ahad lalu selepas usaha mengesan ketiga-tiganya gagal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here