Kuala Lumpur, Okt-
Beberapa kawasan di sekitar ibu negara serta Selangor mengalami banjir kilat termasuk kejadian tanah runtuh di Taman Melawati.
Menerusi kemas kini dibuat di platform sosial Bencana2024, bencana itu mengakibatkan beberapa kenderaan terkandas berdekatan kawasan perumahan disebabkan tanah runtuh dan pokok tumbang.
Antara kawasan lain yang terjejas akibat banjir di ibu negara kawasan sekitar Parlimen termasuk Jalan Parlimen menuju ke Bukit Aman (Kuala Lumpur); susur Jalan Duta dan Jalan Sultan Abdul Halim, kampus Universiti Malaya serta Wisma Central.
Beberapa jalan sekitar Kuala Lumpur dinaiki air menyebabkan aliran trafik terganggu antaranya di Jalan Parlimen menghala ke Bukit Aman, Jalan Perak dan Lebuhraya Sultan Iskandar.
Llaluan masuk ke Wisma Bernama dari arah Jalan Tun Razak turut dinaiki air dan kedengaran sistem penggera keselamatan di Sungai Bunus menandakan paras bahaya. Sementara itu laman X, Smart Expressway memaklumkan bahawa terowong smart ditutup sepenuhnya untuk laluan pengguna dan operasi banjir sedang dijalankan.
“Pengguna Terowong SMART dinasihatkan memandu dengan berhati-hati. Sila rancang perjalanan anda dan patuhi arahan lalu lintas,” menurut hantaran itu.
Susulan itu juga Sidang Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan selama 30 minit selepas ramai Ahli Parlimen terperangkap susulan beberapa laluan dinaiki air berikutan hujan lebat sejak awal pagi ini.
Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, berkata persidangan sesi pagi akan bermula semula jam 10.30 pagi. Parlimen hari ini ditangguhkan selama setengah jam selepas





















