Kuala Lumpur, Okt-
Sebuah bot fiber meletup dalam kejadian di pelantar ikan Kampung Tanah Baru, Kuala Perlis, malam tadi.
Dalam kejadian itu seorang nelayan parah, manakala satu lagi cedera.
Dalam kejadian pada 11.55 malam, Mohamad Bakri Idham, 54, melecur hampir 90%, manakala rakannya Nur Azman Sabu, 45, mengalami lecur sekitar 45%, pada keseluruhan badan mereka.
Ketua Polis Kangar Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata letupan berlaku selepas mangsa membuka penutup ruangan tempat penyimpanan bateri.
“Apabila mangsa membuka penutup ruangan tempat simpan bateri, secara tiba-tiba berlaku letupan sehingga mengakibatkan kebakaran pada bot itu,”katanya.
Api kesan letupan itu menyambar kedua-dua mangsa, namun mereka sempat diselamatkan penduduk kampung berhampiran.



















