Buaya lebih 300kg ditangkap

Sandakan, Nov-
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sandakan berjaya menangkap seekor buaya seberat lebih 300 kilogram hanya dengan menggunakan selimut, di Kampung Muhibbah, Sandakan, pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira 2.18 pagi itu, anggota APM turut menggunakan tali dan batang obor bagi ‘menewaskan’ buaya tersebut.

Ketua APM Sandakan, Kapten Sulaman Salama berkata, sebelum itu pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan penduduk terlihat seekor buaya di bawah rumahnya yang berhampiran sungai.Selepas itu, sepasukan anggota APM segera dihantar ke lokasi kejadian.

Sejurus tiba, operasi menangkap buaya segera dijalankan dengan mengunakan peralatan seperti tali, selimut dan batang obor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here