Skim pelaburan palsu – Pesara jururawat rugi RM1.9 juta

Kuala Lumpur, Sep-
Seorang pesara jururawat kerugian lebih RM1.9 juta selepas terpedaya dengan skim pelaburan palsu.

Mangsa berusia 76 tahun yang sebelum ini bertugas di Sydney, Australia terjerat selepas melihat peluang pelaburan yang diiklankan di YouTube.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kedah, Loi Yew Lik, berkata mangsa kemudiannya berhubung dengan wakil syarikat dan diberi penerangan berhubung pelaburan menerusi kelas dalam talian.

Katanya, mangsa turut membuat bayaran modal berjumlah RM100,000 pada 17 Jun lalu sebelum membuat 19 kali transaksi bayaran ke pelbagai akaun yang diarahkan.

“Bagaimanapun selepas membuat bayaran berjumlah RM1,902,070, mangsa tidak mendapat sebarang keuntungan.

“Pengadu dijanji akan mendapati keuntungan dalam tempoh sebulan, namun tidak menerima apa-apa pulangan,”katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Berita Harian.

Menurutnya, mangsa yang mula mengesyaki dirinya ditipu kemudiannya membuat laporan di Balai Polis Jitra, semalam.

“Siasatan mendapati skim pelaburan itu adalah palsu dan menggunakan nama pelaburan Capital Dynamic, firma pelaburan antarabangsa,”katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here