Tiga maut termasuk 2 rentung nahas Mercedes Benz, Toyota Sienta

SEGAMAT: Tiga maut termasuk dua rentung, manakala seorang parah dalam kemalangan semasa dua kenderaan di Kilometer 172.2 Jalan Johor Bahru-Seremban, berhampiran persimpangan Kampung Kwongsai, dekat sini petang tadi.

Hoo Kok Yong 35, dan Wong Chee Choy 62, terperangkap dalam sebuah Mercedes Benz, disewa dalam kemalangan di Jalan Segamat-Labis itu, manakala seorang lagi dalam kereta sama, Lee Lam Chai 67, cedera parah dan terbakar 70 peratus. Mangsa ketiga yang maut, Chong Jui Chat, 67, memandu Toyota Sienta yang terbabas ke dalam cerun sedalam kira-kira lima meter.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Segamat, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mazuki Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada jam 6.24 petang.

Katanya, pasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba tiba kemalangan membabitkan sebuah Mercedes Benz dan sebuah Toyota Sienta.

Kes lanjut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan. Mayat ketiga-tiga lelaki telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Segamat (HDS), begitu juga mangsa yang cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan lanjut katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here