Khianat guna mercun hingga cetus kebakaran – 2 ditahan

 

Kuala Lumpur, Nov-
Dua lelaki ditahan dipercayai terbabit perbuatan khianat menggunakan mercun hingga menyebabkan kebakaran sebuah rumah di Taman Putri, Kulai pada malam Khamis lalu.

Ketua Polis Kulai, Tan Seng Lee, berkata seorang warga tempatan 30 tahun dan seorang warga asing 23 tahun ditahan bersama pelbagai jenis mercun.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat perbuatan khianat menggunakan mercun hingga menyebabkan seorang wanita tempatan 41 tahun kerugian RM510,000.

“Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kulai berjaya membuat tangkapan ke atas kedua-dua suspek,” katanya .

Menurutnya, ujian saringan awal air kencing mendapati suspek warga asing positif ganja.

Tan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan.

Mahkamah Majistret Kulai meluluskan permohonan reman enam hari ke atas dua suspek itu hingga Rabu depan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here