Lori rempuh warung, pelanggan maut

Kuantan, Nov-
Pekerja bengkel besi yang sedang makan di sebuah warung maut, manakala seorang lagi cedera selepas sebuah lori merempuh warung di persimpangan Kampung Seri Damai Baru, Batu 8, Jalan Kuantan-Maran, petang tadi.

Ketua Polis Kuantan Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata dalam kejadian 3.40 petang, Affendi Abd Wahab, 51, dari Taman Guru, meninggal dunia semasa menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Beliau berkata, seorang lagi lelaki berusia 40 tahun mengalami kecederaan di bahagian sendi bahu, punggung, dan tangan, kini sedang dirawat di wad kecemasan Hospital Pakar KPJ Pahang di Tanjung Lumpur.

“Siasatan awal mendapati lori yang dipandu lelaki berusia 25 tahun itu datang dari arah Kampung Pandan menghala ke Gambang. Tiba-tiba, lori tersebut hilang kawalan dan terbabas melanggar warung yang terletak di bahu jalan serta dua pelanggan yang berada di dalam warung tersebut.

“Hasil siasatan awal juga menunjukkan kemalangan berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang hilang kawalan. Pemandu lori itu mengalami pendarahan dalam kepala dan cedera di tangan dan kini sedang dirawat di HTAA,” katanya dalam kenyataan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here