Kuala Lumpur, Nov-
Pemergian bekas menteri kewangan Daim Zainuddin pagi ini ketika menerima rawatan di Hospital Assunta memberi kesan mendalam kepada semua pemimpin politik tanah air.
Ketua Pembangkang, Hamzah Zainudin, berkata negara hilang sebutir mutiara yang tidak ternilai harganya dan tiada galang ganti.
Katanya, negara bukan saja kehilangan seorang pemimpin besar malah arkitek ekonomi ketika Malaysia menjadi Harimau Asia.
“Menggunung jasanya kepada agama, bangsa dan negara terutama ketika negara berdepan krisis kewangan 1998, sehingga akhirnya membolehkan Malaysia keluar daripada krisis berkenaan.“Beliau pejuang tulen bahkan sehingga ke akhir hayatnya – meskipun uzur, tetap berjuang menentang kezaliman dan dendam kesumat politik.
“Dan, saya secara peribadi hilang seorang guru, seorang mentor, seorang bapa serta seorang sahabat yang mendidik saya dalam dunia korporat dan politik,” katanya di Facebook.
Turut merakamkan takziah, Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail yang menyifatkan pemergian tokoh negara itu sebagai pemimpin yang banyak berjasa kepada negara katanya.
Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Fadhli Shaari berkata sumbangan Daim meninggalkan impak yang mendalam dalam membangunkan ekonomi negara dan mengukuhkan kestabilan kewangan Malaysia suatu ketika dahulu.
“Tun Daim dikenali atas komitmen dan kebijaksanaannya dalam menjalankan tugas sebagai menteri kewangan suatu ketika dahulu,” katanya.