Konsert Hrithik Roshan ‘Stars on Fire Kuala Lumpur’ ditangguh

KUALA LUMPUR: Konsert artis tersohor Bollywood, ‘Hrithik Roshan Stars On Fire Kuala Lumpur’ yang dijadualkan berlangsung pada 1 Disember iaitu Jumaat ini terpaksa ditangguhkan.

Pengumuman itu dibuat menerusi media sosial penganjur acara berkenaan, Yessboss Groups pada Isnin. “Dukacita kami maklumkan bahawa acara yang dinanti-nantikan, “STARS ON FIRE KUALA LUMPUR” yang dijadualkan pada 1 Disember 2023, telah ditangguhkan disebabkan keadaan yang tidak dapat dielakkan. “Keputusan ini diambil dengan persetujuan dan pertimbangan bersama dalam kalangan penganjur iaitu Yessboss Groups, Dembi Productions, dan Heart Art Production Pvt Ltd.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here