Pastor didakwa bunuh ibu, Simpan mayat dalam peti sejuk!

Kuala Lumpur,Nov-
Seorang pastor sambilan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada hari ini, atas satu pertuduhan membunuh ibu kandungnya, susulan penemuan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku yang disimpan sejak tiga tahun lalu.

N. Deanesh, 53, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu yang dibawa masuk ke mahkamah dengan menggunakan kerusi roda, dituduh sengaja menyebabkan kematian Catherine Daniel, 77, di sebuah rumah, Taman OUG, Brickfields di sini pada 21 hingga 26 Mac 2021 lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara antara 30 hingga 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Tiada jaminan diberikan dan mahkamah menetapkan 7 Februari tahun depan, untuk sebutan semula kes untuk laporan bedah siasat, perubatan dan asid deoksiribonukleik (DNA).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here