Anak selamatkan ibu guna tangki air

Kuala Lumpur, Nov-
Seorang pemuda berikhtiar mencari tangki air polietilena untuk digunakan mengangkut ibunya yang menghidap asma selepas kediaman mereka dinaiki air dalam kejadian banjir di Kampung Sri Kulim, Melor, di sini, hari ini.

Mohammad Shaher Rahalim, 33, berkata bersama beberapa rakan dia mengambil inisiatif mencari tangki air bagi mengangkut keluar ibu, Rosliza Ibrahim, 58, yang kesejukan akibat rumah mereka dimasuki air sedalam dua meter.

“Ibu menghidap asma sejak 20 tahun lalu dan dia tidak boleh berada dalam keadaan kedinginan.

“Saya berusaha menghubungi pihak berkuasa bagi mendapatkan bot penyelamat namun selepas menunggu lebih dua jam dan melihat keadaan ibu semakin serius, saya serta rakan mencari ikhtiar bagi membawanya keluar,” katanya kepada Bernama. Anak sulung itu berkata, sebaik diselamatkan dan berjumpa semula dengan adik, Nur Shasabila, 26, mereka menunggu pula bapa, Rahalim Ismail, 61, yang dibawa keluar dengan bot penyelamat Jabatan Pertahanan Awam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here