Sebanyak 376 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut Kementerian Kesihatan (KKM). Berdasarkan data yang dikeluarkan laman web CovidNow, daripada jumlah keseluruhan itu, sebanyak 75 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Bilangan kematian kini berjumlah 23,443 kes dan kebanyakannya direkodkan di Selangor (148), diikuti Johor (43), Sabah (35), Kelantan (32), Penang (29), Kedah (25), Sarawak (23) dan Kuala Lumpur (14).
Sehingga semalam, terdapat 210,468 kes aktif Covid-19, termasuk 1,191 pesakit berada di unit rawatan rapi (ICU) manakala 662 memerlukan alat bantuan pernafasan. Sebanyak 23,468 kes sembuh turut direkodkan.