Pemandu bas ekspres larikan diri tinggal penumpang

Gopeng, Nov-
Bimbang gagal ujian saringan air kencing, seorang pemandu bas melarikan diri meninggalkan 11 penumpangnya dalam pemeriksaan Op Bersepadu di Hentian Rehat Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini pada Khamis.

Difahamkan bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan, Kuala Lumpur ke Terminal Bas Sungai Nibong, Pulau Pinang ditahan sekitar jam 10.30 malam untuk pemeriksaan.

Lelaki terbabit bertindak berhenti tepi jalan dan meninggalkan kenderaannya sebelum sempat diperiksa oleh pegawai penguat kuasa sekali gus menyebabkan kesesakan di laluan masuk hentian tersebut.

Pemeriksaan lanjut polis menemui ‘dapur’ membakar dadah jenis syabu atau dikenali sebagai bong dipercayai milik lelaki tersebut dalam beg di tempat duduk pemandu.

Sementara itu, Pengarah Keselamatan Negeri Perak, Mohd Zawawi Zakaria berkata, kes pemandu bas yang dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah terbabit akan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here