Bank perlu bayar balik mangsa scam jika didapati cuai – PM

Kuala Lumpur, Dis-
Bank perlu membayar balik mangsa scammer sekiranya dikenalpasti berlaku kecuaian oleh institusi terbabit sehingga menyebabkan berlakunya jenayah scam, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, perkara berkenaan tertakluk dalam peruntukan undang-undang di bawah Kanun Tatacara Jenayah (KTJ) Akta 593.

“Kalau dikenal pasti kecuaian bank, bank akan bayar. Umpamanya setakat ini, mengikut Seksyen 413, KTJ, 138,407 (wang milik mangsa scam) sudah dipulangkan, maknanya ada (yang sudah dapat balik wang mereka).

“Sekiranya (dikenal pasti) bank tak memantau mengikut peraturan, jadi bank mesti bayar ganti rugi.

“Jadi, saya setuju prinsip sebagaimana dipakai di United Kingdom (menetapkan bank bayar ganti rugi jika cuai) terpakai di sini,” katanya pada Waktu Pertanyaan Perdana Menteri, di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) yang ingin tahu sama ada bank boleh dipertanggungjawabkan sekiranya didapati cuai dan menyebabkan kecurian wang di akaun bank pengguna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here