Amaran hujan berterusan tahap buruk

Kuala Lumpur, Dis-
Amaran hujan berterusan tahap buruk dan waspada diramal membabitkan kebanyakan negeri terutama di Pantai Timur hingga Rabu ini.

Jabatan Meteorologi (METMalaysia) dalam satu kenyataan berkata, amaran hujan berterusan tahap buruk itu membabitkan daerah Dungun dan Kemaman di Terengganu dan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

Sementara itu, METMalaysia juga mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di di Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Di Kedah, amaran itu dikeluarkan di beberapa daerah termasuk Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, di Hulu Perak, Perak, Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang di Terengganu, Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera di Pahang dan Segamat, Mersing serta Kota Tinggi di Johor.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here