Polis serbu pusat hiburan, 70 ditahan

Sitiawan, Dis-

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Hasbullah Abd Rahman berkata, serbuan bermula jam 3 pagi itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung bersama Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman.

Beliau berkata, hasil serbuan itu, seramai 70 individu termasuk warga asing ditahan.

“Pemeriksaan awal saringan air kencing mendapati, seramai 54 individu terdiri daripada 38 lelaki dan 16 perempuan positif dadah.

“Daripada jumlah itu, 13 lelaki warga tempatan dan dua lelaki warga Vietnam ditahan bersama rampasan dadah jenis cannabis, pil erimin 5, ketamine dan pil ecstasy.

Hasbullah berkata, susulan penahanan lelaki warga tempatan itu, pihak polis membuat serbuan di sebuah lagi premis berhampiran pusat hiburan terbabit dan berjaya merampas beg silang mengandungi 31 paket plastik berisi dadah jenis MDMA anggaran berat 545 gram dan lima biji pil erimin 5 anggaran berat 1.3 gram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here