Jumlah mangsa banjir kembali meningkat

Kuala Lumpur, Dis-
Jumlah mangsa banjir kembali menunjukkan peningkatan setakat 6 pagi Selasa susulan amaran hujan lebat berterusan yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hingga Rabu ini.

Dua negeri di pantai timur kembali membuka semula pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan Terengganu dan Pahang.

Kemas kini di Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan 1,093 mangsa daripada 326 keluarga kini ditempatkan di 27 PPS, di tujuh negeri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here