Shah Alam, Dis-
Tular di media sosial seorang bayi lelaki yang dilahirkan tidak sempurna dan didakwa dihina oleh pihak pengurusan sebuah hospital swasta di Klang.
Menurut satu hantaran di Facebook yang dibuat oleh pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ), Mr Wan Cai Official, bayi lelaki yang diberi nama Adham itu dilahirkan dengan satu mata, tiada hidung dan tiada lubang dubur.
Wan Cai mendedahkan, bayi berkenaan disimpan selama dua minggu di dalam peti beku, selain ibu bayi ditahan oleh pihak hospital kerana tidak membayar kos rawatan di situ.
Beliau mempersoalkan motif pihak hospital menahan ibu bersama jasad bayi dan mempertikaikan sifat perimanusiaan doktor di hospital terbabit.
“Seperti yang dimaklumkan, pihak hospital menahan ibunya keluar dari wad selagi bayaran tidak dibuat oleh si ayah.”Yang menjadi persoalan, kenapa jenazah adik Adham perlu ditahan dan disimpan di dalam peti sejuk mayat selama dua minggu?
“Bukankah si ibu sudah ditahan untuk dijadikan jaminan kepada pihak hospital,” soal Wan Cai menerusi hantaran itu.BH