Dua tuntutan BN: Najib ulangi amaran kepada PN

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini dilihat mengulangi ‘amaran’ kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) susulan kelulusan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021.

Dipercayai kata dua wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkaitan tuntutan pengeluaran one-off hingga RM10,000 daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain lanjutan tempoh moratorium.

Never mind. Jika PN tak sudi tunai, BN buat. Simple,” katanya ringkas dalam Facebook sebentar tadi.

Lewat petang semalam, Najib dalam reaksinya berhubung Belanjawan 2021 menegaskan bahawa BN “masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak” jika kedua-dua tuntutan tersebut tidak dipenuhi kerajaan PN.

“Saya dan kami akan terus menuntut kerajaan PN untuk tepati janji mereka sehingga kedua-dua isu ini diselesaikan sebaiknya.

“Kerajaan PN juga memberitahu kita bahawa mereka masih akan berusaha untuk memperbaiki kedua-dua perkara ini.

“Jika hasrat kami masih tidak tercapai dan kami masih rasa tertipu selepas satu tempoh masa yang munasabah maka BN masih berpeluang untuk membuat sesuatu kelak,” tegasnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here