Hujan berterusan diramal di 5 negeri

Kuala Lumpur, Dis-
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa daerah di lima negeri sehingga esok.

METMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan berterusan diramal di Perlis, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak), Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) serta Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus dan Kuala Terengganu).

Di kawasan lain, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Pulau Pinang (Barat Daya dan Timur Laut), Sabah di pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) sehingga jam 12 tengah hari ini,” kata kenyataan itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here