Lebih 200,000 individu kena sekatan perjalanan

Kuala Lumpur, Dis-

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melaksanakan sekatan perjalanan ke atas 203,123 individu dan syarikat setakat 30 Nov lapas.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah itu membabitkan 175,656 individu mempunyai tunggakan bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan 12,205 individu mempunyai tunggakan cukai bawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengingatkan orang ramai supaya menyemak status tunggakan cukai dan sekatan perjalanan sebelum merancang perjalanan ke luar negara.

Jabatan Khidmat Korporat, LHDN dalam satu kenyataan berkata ini berikutan agensi itu diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan tanah air jika mereka atau syarikat dimilki mempunyai tunggakan cukai tidak dijelaskan kepada kerajaan.

“Seiring dengan trend terkini masyarakat Malaysia yang gemar melancong ke luar negara atau mengerjakan ibadat, LHDN menyarankan kepada semua pembayar cukai untuk terlebih dahulu menyemak status tunggakan dan sekatan perjalanan masing-masing sebelum merancang sebarang perjalanan ke luar negara.

“Sekatan perjalanan adalah tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan,” kata dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here