Kereta langgar tiang MRT – Pemandu rentung!

Kuala Lumpur, Dis-
Seorang pemandu maut setelah keretanya terbabas dan melanggar tiang landasan MRT di Lebuhraya Persekutuan pagi ini.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya M. Hussin Sollehuddin Zolkifly berkata, kejadian melibatkan sebuah Honda Accord itu berlaku pada 6.20 pagi tadi di lebuh raya itu menghala ke arah Kuala Lumpur.

“Siasatan awal mendapati (kereta) tersebut dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang MRT menyebabkan ia terbakar.

“Mangsa, (iaitu) pemandu terbakar seluruh badan dan disahkan maut di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Mayat mangsa yang belum dikenal pasti identitinya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya, tambahnya.

M. Hussin meminta orang ramai mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, termasuk dalam bentuk rakaman kamera papan pemuka, tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here