Putrajaya, Dis-
Lebih 200 badan bukan kerajaan dan syarikat telah memohon geran Pembangunan Sosioekonomi Masyarakat India (PPSMI) 2025 yang dibuka sejak 2 Dis, kata Pengerusi Jawatankuasa Pasukan Petugas Khas Unit Transformasi Masyarakat India (Mitra) P. Prabakaran.
Beliau berkata permohonan masih dibuka dan institusi yang berminat untuk melaksanakan program berimpak tinggi kepada masyarakat India, boleh memohon geran berkenaan sehingga 5 Jan 2025.
“Setiap kali kami berjumpa masyarakat, mereka sentiasa datang ke pejabat Mitra dan kami tunjukkan kepada mereka bagaimana hendak mohon geran. Kami juga cadangkan, projek itu perlu ada keperluan dan bukan sekali minta. Jadi kita kena sasarkan kepada satu kawasan yang ada ramai B40, masyarakat India dan kita kena buat projek di sana.
“Sebab itu kena jumpa dengan Mitra. Kita boleh bantu untuk bagi tahu mana sasaran miskin bandar, mana kemiskinan luar bandar,” katanya dan menambah kesemua permohonan geran PPSMI itu akan diproses selepas tarikh akhir Januari depan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) Untuk Kumpulan Fokus Masyarakat India Berpendapatan Rendah di sini hari ini.