Hujan berterusan diramal melanda empat negeri hingga esok

Kuala Lumpur, Dis-
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan selama tiga hari diramal di empat negeri hingga Rabu.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan keadaan cuaca itu diramalkan melanda seluruh Kelantan dan Terengganu manakala Pahang membabitkan daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, selain Perak (Hulu Perak).

Menurut METMalaysia, keadaan cuaca sama juga diramal melanda di Sarawak membabitkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah bermula pada Khamis ini hingga Ahad ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here