Polis siasat kenyataan Abdul Hadi

Kuala Lumpur, Mac-
Polis Diraja Malaysia menjalankan siasatan terhadap Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung kenyataan bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, satu siasatan dijalankan pihaknya mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. “Polis telah buka kertas siasatan membabitkan kenyataan dikeluarkan Abdul Hadi.

“Setakat ini keterangan Abdul Hadi masih belum diambil memandangkan keadaan kesihatan beliau yang tidak begitu baik,” katanya pada Jumaat.

Tambah Razarudin, pihaknya masih menunggu waktu yang sesuai untuk memanggil dan mengambil keterangan Ahli Parlimen Marang itu.

Pada Khamis, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa dukacita dengan kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bertajuk ‘Ketinggian Islam wajib dipertahankan’ pada 20 Februari lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here