Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia

New Delhi, Dis-
Bekas Perdana Menteri India Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.

Manmohan merupakan Perdana Menteri India pertama berbangsa Sikh memimpin negara India dari 2004 sehingga 2014.

Mendiang diiktiraf kerana memacu India ke arah pertumbuhan ekonomi yang luar biasa dan membawa ratusan juta orang keluar daripada kemiskinan yang teruk.

“India meratapi kehilangan salah seorang pemimpin yang paling dihormati,” kata Perdana Menteri Narendra Modi.

Dilahirkan dalam keluarga miskin di bahagian India yang kini terletak di Pakistan, Manmohan Singh berjaya melanjutkan diri ke Universiti Cambridge sebelum melanjutkan pelajaran ke Oxford dan memperoleh ijazah kedoktoran dengan tesis mengenai peranan eksport dan perdagangan bebas dalam ekonomi India.

Mendiang kemudiannya menjadi ahli ekonomi yang dihormati, kemudian Gabenor bank pusat India serta penasihat kerajaan, tetapi tidak mempunyai rancangan jelas untuk kerjaya politik apabila tiba-tiba dilantik sebagai menteri kewangan pada tahun 1991.

Semasa tempoh tersebut hingga 1996, Singh adalah arkitek reformasi yang menyelamatkan ekonomi India daripada krisis imbangan pembayaran yang teruk dan mempromosikan deregulasi (pengurangan), serta langkah-langkah lain yang membuka negara yang tertutup kepada dunia.

Mengutip Victor Hugo dalam ucapan bajet pertamanya, mendiang berkata “Tiada kuasa di dunia yang boleh menghentikan idea yang masanya telah tiba,” sebelum menambah Kemunculan India sebagai kuasa ekonomi utama di dunia adalah salah satu idea tersebut.

Pelantikannya sebagai Perdana Menteri pada tahun 2004 lebih tidak dijangka.

Beliau diminta untuk mengambil alih jawatan oleh Sonia Gandhi, yang telah mengetuai Parti Kongres berhaluan kiri kepada kemenangan mengejut.

Pada tahun 2008, kerajaan pimpinan Manmohan juga mencapai perjanjian bersejarah yang membenarkan perdagangan tenaga nuklear secara aman dengan Amerika Syarikat buat kali pertama dalam tiga dekad, membuka jalan untuk hubungan kukuh antara New Delhi dan Washington.

Dikenali kerana gaya hidup sederhana dan reputasi jujur, Manmohan secara peribadi tidak dilihat sebagai korup. Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak perempuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here