Serangan strok, Sathiya belum mampu suap makanan

Kuala Lumpur, Dis-

Pelakon dan pelawak veteran, Sathiya, 60, yang diserang angin ahmar ringan bersyukur apabila mendapat perhatian Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching.

Sathiya atau nama sebenarnya, Sathia Periasamy turut memuji keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak pernah mengabaikan anak seni lanjut usia sepertinya, malah sentiasa cakna dengan kesusahan dialami rakyat.

Pelawak veteran yang terkenal dengan tagline ‘sudah tukar ka’ Sathiya berterima kasih kepada inisiatif Ziarah Seni Madani Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) kerana meringankan beban rawatannya akibat serangan strok.

Sathiya, 60, yang popular menerusi watak Ravi dalam sitkom ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ berkata beliau kini perlu menjalani rawatan tiga kali seminggu dengan kos RM200 untuk sekali rawatan.

“Syukurlah dapat inisiatif Ziarah Seni Madani Finas, Kementerian Komunikasi hari ini, dapat juga bantu ringankan beban kos rawatan,” kata pemilik nama sebenar Sathia Periasamy itu.

Beliau menerima sumbangan tunai dan bakul makanan bawah inisiatif itu daripada Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di kediamannya, yang turut dihadiri Pengerusi Finas Kamil Othman.

Sebelum ini, media melaporkan Sathiya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika bersarapan bersama isteri di kediamannya.

Dalam pada itu, Sathiya berkata walaupun bantuan berkenaan bukan sepenuhnya namun dia gembira dengan kedatangan tetamu di rumahnya hari ini.

“Itu sahaja. Nak gembira sahaja, tak mahu susah-susahkan orang lain,” katanya walaupun pergerakan agak terbatas akibat serangan penyakit itu Julai lalu.

Sathiya memaklumkan akan terus berlakon dan turut mencuba watak lain jika diberi peluang.“Dua bulan lagi saya ada lakon watak orang jahat dan sekadar duduk kerusi memberi nasihat. Tak boleh jalan tak apa, janji boleh cakap. Mana tahu beberapa bulan lagi saya boleh jalan,” katanya.

Sementara itu, Teo berkata sehingga kini sebanyak 48 orang penggiat seni menerima bantuan tersebut.

Katanya, Finas turut menyasarkan sekurang-kurangnya 100 penggiat seni menerima bantuan itu tahun depan.

Terdahulu, Sathiya dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika bersarapan di rumahnya. Bagaimanapun, pelawak itu dibenarkan keluar sehari kemudian.

Selain angin ahmar ringan, Sathiya menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi, namun terkawal.

Mengulas keadaan terkini, Sathiya berkata, tangan kanannya masih lemah susulan strok ringan yang dialami pada 16 Julai lalu dan kini bergantung kepada bantuan isteri dan anak-anak.

“Dulu saya suap isteri dan anak makan, sekarang isteri kena suapkan saya pula. Ini kerana tangan kanan saya sudah tak mampu hendak angkat sampai ke mulut.

“Kalau angkat lama-lama nanti tangan akan menggeletar dan makanan tumpah,” katanya.

Sathiya berkata, dia kini mendapatkan rawatan akupuntur di sebuah pusat rawatan di Ampang sejak sebulan lalu bagi memulihkan bahagian kanan badannya yang sukar bergerak.

“Saya perlu buat rawatan tiga kali seminggu dengan kos RM60 setiap kali rawatan. Setiap minggu kena pergi kalau hendak sembuh. Rawatan selama sejam bagi setiap sesi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here