CAP galak rakyat tanam sayur

Georgetown, Dis-
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan rakyat negara ini supaya memulakan tahun baharu 2025 dengan menanam sayur di rumah bagi menjimatkan kos.

Ia berikutan tahun hadapan yang dijangka bakal memberi lebih banyak cabaran kepada pengguna dengan peningkatan kos sara hidup, termasuk harga makanan.

Naib Presiden CAP, Fathima Mohd Idris, berkata bagi mengurangi beban kenaikan harga sayuran, pengguna disaran supaya menanam apa sahaja jenis sayur dan herba.

Katanya, tambahan pula harga sayuran di pasaran negara ini sudah meningkat dalam tempoh beberapa hari lalu dan keadaan itu dijangka berterusan.

Hujan dan banjir menyebabkan kesukaran kepada petani yang mengalami kerugian dan krisis iklim juga antara penyebab kepada peningkatan masalah kebuluran di dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here