3 lelaki ditahan curi kabel

Gerik, Jan-
Tiga lelaki berusia 31 hingga 36 tahun ditahan disyaki curi kabel milik TM bernilai RM3,000.

Memakai pakaian dan peralatan syarikat kontraktor menjalankan kerja pemasangan dan pembaikan kabel Telekom Malaysia (TM) tidak dapat mengaburi pihak berkuasa daripada ditahan di Jalan Kuala Rui, di sini kerana dipercayai mencuri kabel.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, berkata penahanan tiga suspek berusia 31 hingga 36 tahun itu dibuat sewaktu pemeriksaan ke atas van Nissan Vanette dinaiki mereka dalam keadaan mencurigakan sekitar jam 4.30 pagi semalam.

Pemeriksaan polis dalam van terbabit menjumpai beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk memotong kabel selain turut menemukan tiga gulungan kabel yang sudah dipotong yang diletakkan di tepi jalan berhampiran van berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here