PM Singapura diberi sambutan rasmi

Putrajaya,Jan-
Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong diberikan sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra, Putrajaya, hari ini, sebelum mengadakan mesyuarat delegasi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketibaannya disambut Anwar pada jam 9.50 pagi tadi, sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada 6 dan 7 Januari 2025, sebagai sebahagian daripada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11.

Ketibaan Wong disambut di Kompleks Perdana Putra, diikuti dengan mesyuarat bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk membincangkan hubungan dua hala.

Kedua-dua pemimpin akan menyaksikan pertukaran dokumen penting termasuk Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan enam memorandum persefahaman dalam pelbagai bidang.

Wong kemudian memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Ini merupakan lawatan kali kedua Wong ke Malaysia sejak menjawat jawatan itu pada 15 Mei 2024. Lawatan pertamanya pada 11 Jun tahun lalu.

Anwar malam tadi meraikan rakan sejawatannya itu dalam satu majlis makan malam di Rumah Tangsi dan turut mengadakan perbincangan empat mata secara tertutup selama hampir dua jam, berkaitan usaha meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here