Perkhidmatan LRT laluan Kelana Jaya terjejas

Kuala Lumpur, Okt-
Perkhidmatan tren Rapid KL bagi Laluan Kelana Jaya mengalami gangguan bekalan kuasa di landasan antara Stesen Universiti dan Abdullah Hukum.

Pengendali perkhidmatan rel Rapid KL, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) dalam kenyataan memaklumkan kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan dan perkhidmatan tren alternatif sedang diaktifkan bagi memastikan penumpang dapat meneruskan perjalanan mereka.

“Perkhidmatan tren alternatif telah diaktifkan, yang mana tren dari Putra Heights akan berpatah balik di Stesen Taman Jaya; tren ulang-alik akan beroperasi antara Stesen Taman Jaya (Platform 2) dan Bangsar (Platform 2); manakala tren dari Gombak akan berpatah balik di Bangsar,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here