Lelaki ditembak mati ketika makan

Johor Bahru, Jan-
Seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang menjamu selera bersama rakan-rakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah di sini, pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun.

Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam melaporkan kejadian itu.

“Pegawai perubatan mengesahkan mangsa maut. Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti suspek, saksi kejadian dan motif kejadian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here