Maut dirempuh ‘forklift’

Shah Alam, Ogos-
Seorang operator maut selepas dirempuh forklift dipandu pekerja warga asing di sebuah kilang di Beranang, malam tadi.

Mangsa dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu adalah pekerja lelaki tempatan yang dirempuh forklift dipandu pekerja asing di kilang berkenaan.

Kejadian dilaporkan kepada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor yang kemudian menghantar sepasukan pegawai untuk menjalankan siasatan di lokasi.

“Siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang operator. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), dia dilihat berjalan melintas jalan ketika sebuah forklift dipandu pekerja bukan warganegara membelok laju di selekoh dan melanggar mangsa,” menurut JKKP Selangor, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here