Suhu panas luar biasa tidak berlaku tahun ini

Kuala Lumpur, Jan-
MetMalaysia meramalkan tiada pengaruh Fenomena El Nino yang menyebabkan berlaku suhu panas luar biasa tahun ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Dr Mohd Hisham Mohd Anip, berkata Malaysia yang beriklim tropika secara umumnya mengalami suhu hampir seragam sepanjang tahun dengan suhu maksimum harian lazimnya berada dalam julat 32 hingga 34 darjah celsius.

Namun, katanya, semasa fasa akhir Monsun Timur Laut (MTL) dan memasuki fasa peralihan monsun dari Februari hingga Mei, kebanyakan kawasan di negara terutama Utara Semenanjung dan pedalaman Pahang, Kelantan dan Perak cenderung mengalami peningkatan suhu maksimum harian akibat kurangnya litupan awan yang membawa kepada pengurangan taburan hujan.

“Dalam tempoh ini, kawasan terbabit berpotensi mengalami cuaca yang lebih panas daripada kebiasaan dengan suhu melebihi 35 darjah celsius.

“Malah, ia boleh mencapai tahap gelombang haba apabila suhunya melebihi 37 darjah celsius selama sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

“Suhu maksimum harian tertinggi yang pernah dicatatkan negara adalah 40 darjah celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Chuping, Perlis pada 9 April 1998 semasa fenomena El Nino kuat melanda dunia.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here